Lebah Kelulut
Salam sejahtera para pembaca yang dikasihi. Agak lama saya menyepi kan? Sibuk sedikit 😉😅 Nah saya post beberapa keping gambar lama dan ulasan cadangan projek ternakan dan hasilan lebah kelulut. Sebelum ini saya pernah menjalankan projek kecilan ternakan lebah kelulut. Bermula dari 1 haif kemudian bertambah 60 haif dalam selepas setahun. Projek tidak berjaya sebab saya kehilangan haif kelulut. Tuan tanah pun terus nak jual tanah setelah berlaku kecurian. Pengalaman yang amat manis. Selain dapat tampung perbelanjaan sendiri, saya dapat membuka peluang kerja kepada orang tempatan. Produk yang asli dan dijual terus dari ladang dapat memenuhi kehendak dan keperluan pengguna. Tahun pertama banyak rintangannya. Ilmu perlu kukuh dari segala aspek. Fizikal dan mental harus kuat. InshaAllah jika diberi ruang rezeki di masa hadapan saya akan berkecimpung semula dalam bidang ini. Kepada pembaca diluar sana, semoga terus berjaya dan menjadi sumber inspirasi kepada usahawan lain. P...