Lebah Kelulut


Salam sejahtera para pembaca yang dikasihi. Agak lama saya menyepi kan? Sibuk sedikit 😉😅

Nah saya post beberapa keping gambar lama dan ulasan cadangan projek ternakan dan hasilan lebah kelulut. Sebelum ini saya pernah menjalankan projek kecilan ternakan lebah kelulut. Bermula dari 1 haif kemudian bertambah 60 haif dalam selepas setahun. Projek tidak berjaya sebab saya kehilangan haif kelulut. Tuan tanah pun terus nak jual tanah setelah berlaku kecurian.



Pengalaman yang amat manis. Selain dapat tampung perbelanjaan sendiri, saya dapat membuka peluang kerja kepada orang tempatan. Produk yang asli dan dijual terus dari ladang dapat memenuhi kehendak dan keperluan pengguna.

Tahun pertama banyak rintangannya. Ilmu perlu kukuh dari segala aspek. Fizikal dan mental harus kuat. InshaAllah jika diberi ruang rezeki di masa hadapan saya akan berkecimpung semula dalam bidang ini.

Kepada pembaca diluar sana, semoga terus berjaya dan menjadi sumber inspirasi kepada usahawan lain.

PELAN PERNIAGAAN


USAHAWAN DIANGGAP SEBAGAI PENGGERAK KEPADA PEMBANGUNAN EKONOMI SESEBUAH MASYARAKAT DAN NEGARA. SAYA MEMETIK KATA-KATA DARI WALT WHITMAN ROSTOW (1971)

''SESEBUAH NEGARA YANG BERGERAK DARIPADA SISTEM EKONOMI PASARAN BEBAS DIDORONG OLEH KEWUJUDAN BEBERAPA KELOMPOK DALAM MASYARAKAT YANG BERSEDIA UNTUK MENERIMA INOVASI''

DILAHIRKAN DENGAN MINAT MENJADI USAHAWAN MENDORONG SAYA TIDAK PUTUS ASA MENCARI PELUANG DAN RUANG DIDALAM SEKTOR KEUSAHAWANAN. IDEA DAN INSPIRASI DITERAP BAGI MENJANA PENDAPAT SECARA LEBIH KREATIF DAN MUDAH.

Tujuan


TIDAK HANYA UNTUK KEPENTINGAN SENDIRI MALAH PROJEK INI BAKAL DIMAJUKAN UNTUK

1. MEMENUHI KEPERLUAN DAN KEHENDAK PENGGUNA
2. MEWUJUDKAN PELUANG PEKERJAAN
3. MENINGKATKAN TARAF HIDUP MASYARAKAT
4. MEMBANGUNKAN SEKTOR EKONOMI PERLEBAHAN
5. MEMPELBAGAIKAN EKONOMI NEGERA
6. MENGHASILKAN PENDAPATAN NEGARA.
7. MENGHASILKAN PRODUK YANG ASLI DAN BERKUALITI
8. SUMBER INSPIRASI
9. MENAMBAH ILMU PENGETAHUAN DALAM PERNIAGAAN DAN PERTANIAN

CADANGAN PROJEK INI DISEDIAKAN HASIL RUJUKAN LISAN DAN BAHAN ILMIAH YANG DICARI SENDIRI. PENDAPAT, CADANGAN DAN PERTANYAAN AMAT DIALUKAN DENGAN UCAPAN RIBUAN TERIMA KASIH.



RANGKA CARTA ORGANISASI

Cadangan organisasi

1. Pemilik projek (pengurus)
2. Pembantu pengurus / ketua pemasaran
3. Kerani
4. Pekerja AM di ladang ternakan.

LOKASI

Butir lokasi projek seperti tempat / alamat cadangan, pemilikan sendiri atau sewa, luas kawasan dan faktor kesesuaian ternakan lebah kelulut
PELAN PANDANGAN ATAS sebagai lampiran ( saya dapatkan lampiran dari google map)

KENALI LEBAH KELULUT

Kenali lebah kelulut mengenai jenis spesis, habitat dan pemakanannya . Lokasi yang sesuai seperti kawasan dusun dan juga hutan gelam atau akasia.

Industri Perlebahan di Malaysia dahulu hanya bergantung kepada madu dari lebah Tualang (Apis dorsata) atau lebah liar hutan yang tidak boleh diternak. Pemburu Madu Tualang hanya akan mengutip hasil pada pokok tualang yang tidak menentu hasilnya. 

Kemudian diperkenalkan penternakan Lebah Keran (Apis cerana) dimana ia merupakan lebah tempatan yang kurang produktif dengan penghasilan kurang daripada 5 kg/haif setahun dengan pengurusan yang baik. Lebah Keran juga garang dan suka menyengat ketika pengurusan dilakukan.

Pada masa ini daripada informasi yang perolehi, penternakan Lebah Import (Apis mellifera) merupakan spesis lebah yang berpotensi untuk dijadikan sumber pendapatan baru terutama jika diternak dikawasan hutan Akasia (Acacia mangium) atau dikawasan hutan pokok Gelam. Produktiviti daripada spesis lebah ini paling kurang mampu menghasilkan 6 - 10 kg satu haif dalam sebulan dengan pengurusan yang sempurna.

Kini penternakan lebah kelulut Trigona spp yang tidak menyengat ini (Stingless bee) lebih mudah diuruskan dan kurang risiko.

Lebah Trigona itama dan Trigona thoracica merupakan dua spesis kelulut yang telah dikenalpasti sangat sesuai dikomersilkan.

Terdapat 89 spessis kelulut bertapak di Malaysia!


KOLONI / HAIF


~Kotak Topping dimana membolehkan kelulut menyimpan madu didalamnya.
~Kaedah menggunakan batang kayu
~Beberapa pengusaha ada menubuhkan sistem kontrak farming dalam penternakan kelulut yang boleh diikuti.

PEMAKANAN LEBAH KELULUT


Antara pokok yang sering dijadikan pemakanannya seiring dengan habitat asal lebah kelulut seperti :-
- Angelonia
- DurantaErecta
- Mamanpasir (Cleome gyandra)
- Bunganipah
- Tembusupadang (fragreafragrans)
- Morning glory (ipomea nil)
- Bungabalik angina (mallotusspp)
- Browneagrandiceps (Rose of Venezuela)
- Pokoknaga (hylocercusundatus)

* Kawasan pilihan saya adalah kebun ada pokok yang berbunga dan berbuah 😉😉 seperti kebun buah-buahan durian / rambutan / campur.


HASILAN DAN KHASIAT


3 Hasilan diperolehi dari lebah kelulut

1. MADU : warna lebih jernih dari madu biasa, rasa masam sedikit, berasal dari sari bunga, mengandungi asid , anti-kanser dan anti-oksidan

2. PROPOLIS : sarang lebah kelulut, mengandungi bahan aktif anti-bakteria, warna hitam, kuning atau coklat tua, proses - bahan resin diambil lebah dari pohon bergetah. Diproses menjadi bahan aktif dalam kosmetik, ubat kumur, cuci organ dalaman badan manusia dan lain-lain

3. BEE BREAD @ ROTI LEBAH : Debunga (pollen) + madu + air liur lebah. Mengandungi asid amino, memperkuat daya imaginasi & kreativiti, memperkuat fungsi otot, mata, hempedu dan lain-lain

 ** selain 3 hasilan utama, saya dapati sarang koloni (haif) kelulut juga boleh di pasarkan. 

 


KOMPONEN STRUKTUR EKONOMI


Komponen UTAMA struktur ekonomi projek ini ialah hasilan madu lebah kelulut. Madu Lebah yang belum di proses dan siap proses dijual sehingga mencecah RM 250.00 sekilogram pada harga ladang. Harga ini akan lebih tinggi apabila dijual dengan madu siap proses dibotolkan/dilabel. Termasuk juga hasilan roti lebah dan propolisnya.



ANALISA  SUMBER PENDAPATAN EKONOMI

Ekonomi komersial lebah kelulut dapat memberi sumber pendapatan pasif dan berdaya maju kepada penternaknya walaupun dijual di ladang ternakan. Kadar harga berubah mengikut permintaan, bekalan & musim.100 koloni Lebah kelulut dapat dituai 4 kali setahun. Anggaran hasil tuai sekitar 2-5 kg madu , 1-2 kg Bee Bread, 400-800g propolis dari setiap koloni setahun.  Dalam masa setahun penternak aktif  memperolehi pendapatan kasar sekitar RM650-RM700 bagi 1 koloni.

CONTOH KIRAAN MUDAH , PURATA PENDAPATAN 100 KOLONI 

HARGA PASARAN (PURATA)
Madu RM240 per kg
Bee bread RM75 per kg
Propolis RM180 per kg

Pendapatan kasar 1 KOLONI / setahun

MADU : 5kg × RM240.00 = RM1,200.00

BEE BREAD : 2kg × RM75.00 = RM150.00

PROPOLIS : 0.8kg × RM180.00 = RM144.00

Jumlah purata pendapatan kasar 100 koloni
 RM1,494.00 x 100 koloni = RM 149,400.00


Bagi permulaan, cuba ternak kelulut dalam bilangan kecil dahulu di sekitar kawasan rumah bagi mengelakkan kerugian besar. Anggaran kos membeli sarang diantara RM250 hingga RM3000 satu sarang. Harga bergantung saiz, dan kapasiti sarang ( bilangan askar & ratu). Tambahan RM1000 untuk penyediaan tapak, tanaman, makanan dan kotak haif.


PEMASARAN & TIPS TAMBAHAN


Strategi pemasaran perlu dirangka dengan kreatif dan mengikuti trend semasa. Kepelbagaian kaedah pemasaran di jalankan. Selain jualan produk, saranan membawa pelanggan ke lokasi ternakan digalakkan. Hidupkan suasana jaringan pemasaran diperingkat global. Pengiklanan tidak harus terhenti di tengah jalan. Mulakan kempen kesedaran kesihatan dan pemakanan yang sihat. Sering berhubung dengan pihak kerajaan atau badan swasta yang bertauliah untuk mengikuti perkembangan semasa aktiviti yang boleh di gabung bersama. Buat lawatan ke ladang ternakan lain secara solo / berkumpulan. Selalu mengikuti kursus yang disediakan pihak jabatan seperti MARDI, MOA, Jabatan pertanian dan swasta. Latih pekerja di ladang ternakan juga.

 

CABARAN & RISIKO


Lazimnya setiap perancangan kerja pada peringkat awal atau pertengahannya akan mengalami kekakangan untuk meneruskan perjalanan industri perlebahan ini. Antara pengalaman kekangan yang dialami sendiri beberapa pemilik adalah seperti :

1. KESELAMATAN Kotak koloni  dicuri kerana keadaan pagar semasa sudah tidak kukuh dan mudah dicerobohi.
2. Serangan haiwan dan serangga lain.
3. Kurang bekalan makanan bagi lebah kelulut boleh mengakibatkan lebah kelulut lari.
4. Alatan (seperti mesin pam madu) tidak "up to date"
5. Kos ujikaji makmal dan sijil yang mahal
6. Kurang pengetahuan pengendalian mesin alatan, dan kaedah penyelenggaraan haif.
7. Cuaca. Lebah kelulut amat sensitif dengan perubahan cuaca. Contohnya bila tiba musim tengkujuh sarang mudah dimasuki air atau ditumbuhi kulat.
8. Persekitaran yang tidak bersih dan berbau juga boleh mengakibatkan lalat datang. Ini tidak bagus bagi lebah kelulut.
9. Elakkan aktiviti pembakaran. Asap yang ada boleh menghalau lebah kelulut.
10. Terlalu fokus untuk mengaut keuntungan.
11. Tidak mengikut pelan perancangan perniagaan dengan betul.
12. Tiada tapak / tanah kebun sendiri. Anda boleh menyewa tapak kebun. Semak dengan pegawai daerah kawasan atau ketua kampung atau melalui rakan dan agen hartanah.
13. Kekangan kewangan. Ini merupakan masalah utama. Jangan risau, banyak pihak yang boleh membantu, update selalu dengan mana-mana institusi perbankan dan kerajaan. Terdapat banyak agensi sah yang boleh membantu. Bermula dari bilangan kecil , suka-suka ternak di rumah. Lama-lama pasti menjadi.

Terdapat banyak lagi masalah yang dialami para penternak. Oleh itu disarankan sentiasa berhubung antara penternak lain juga. Budaya sihat ini membuahkan produktiviti yang maju di masa hadapan.


KESIMPULAN


Cadangan perniagaan ternakan  hasilan lebah kelulut ini mampu memberikan pendapatan pasif. Bidang ini boleh dicuba oleh belia muda yang mahu berjinak dalam sektor perniagaan.  Kepelbagaian menjana ekonomi dalam perlebahan juga menjadi tunjak utama perkukuhan ekonomi perlebahan. Tidak hanya dalam jualan asas sahaja, malah boleh dijadikan sebagai satu tarikan pelancong kerana rekabentuk haif pada masa kini amat kreatif di sediakan para penternak. Sektor pembelajaran juga boleh di terapkan dalam silibus sekolah kerana lebah kelulut tidak merbahaya. Saranan ujikaji lebih mendalam terhadap hasilan lebah kelulut agar dapat sama-sama dimanfaat masyarakat.

Sekian dari saya disini. Ribuan terima kasih buat semua pembaca, bekas pekerja saya dan cikgu saya. Semoga penulisan ini memberi inspirasi kepada kalian.




Feel free to visit my account below :

https://www.facebook.com/ain.yusof.apple
https://www.youtube.com/user/asrainsoft
https://sayanurulainyusof.blogspot.com/?m=1

Australia 2019 dust storm










Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mount Selwyn Trip

Port Luck Dinner & Farewell Party