Port Luck Dinner & Farewell Party


Salam sejahtera, ceria-ceria selalu xxxx. Adat dalam kehidupan kita ajal, maut, jodoh , pertemuan dan perpisahan kita semua akan lalui. Bila pertama kali bertemu dengan sesiapa kita rasa teruja, bila berpisah kita pasti sedih. Entry ini semua feel ada, sedih dan gembira berbaur.




Saya kongsi disini gambar kenangan jamuan pertemuan & perpisahan bersama rakan seangkatan yang menetap di Shepparton. Kerap juga saya join party makan-makan macam ni. kadang-kala kami bergotong-royong sediakan juadah. Kali ini kami buat secara port luck, di mana setiap dari kami akan membawa makanan sendiri atau sediakan makanan di situ juga kemudian kami share makan beramai-ramai. Makan sampai lebam.



 




Memandangkan kami anjur jamuan 'port luck' maka banyak jugalah juadah yang tersedia malam itu. Seperti Satay & ketupat, steam bot, pizza (home made ya, dari Chef Monica ~guys I love her Tiramisu Cake, so0o yummy), ada pencuci mulut azie sediakan dari labu dan madu, sedap! Saya bawa donut ball dan cendol dan macam-macam lagi. Tak tertulis awak! Kekenyangan kami malam tu.


Ini Tiramisu yang Monica buat sendiri.Yummy!
p/s : tapi malam tu kek ini tiada ya ;)


Oh ya guys, jamuan yang ini agak special sedikit bagi kami kerana ini adalah jamuan perpisahan untuk kawan kami bernama Ann. Ann dan Monica merupakan backpacker dari France. Setelah beberapa bulan Ann dibumi kangaroo ini dia membuat keputusan meninggalkan Australia untuk pergi ke negara lain pula. Kalau tidak silap katanya mahu ke New Zealand. Apa yang lebih menarik? Selain merai perpisahan,  jamuan ini juga menemukan saya dengan rakan baru lain. Mereka semua friendly. Mudah dekat mesra alam 😄 Bertemu dan berpisah.










 Kenyang perut SENANGLAH HATI. macam ini juga lah saya di tempat lain.Makan dan makan , jamuan demi jamuan. Mana termampu saya pergi. Maaf mana yang tidak sempat saya pergi ;)






Terima kasih Azie, kak Noi, Suha, Datin Seri, Diyana, Monica, Aza, Ann, Anis, dan kak Zai kerana memeriahkan special dinner ini. How sweet knowing them. Semoga kita bertemu lagi guys di masa depan. Nowaday saya pula pergi hijrah ke tempat lain. See ya xxxx


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Lebah Kelulut

Mount Selwyn Trip