Anak Rantau
Salam sejahtera. Semoga para pembaca diberi kesihatan yang baik, dipermudahkan perjalanan kehidupan seharian, dimurahkan rezeki dan bahagia menjalani arus harian.
Bermula kehidupan sebagai anak rantau sejak dari umur 18 tahun. Seawal habis spm. Saya sudah mula hidup berdikari. Kalau diikutkan sejak umur 13 tahun saya telah di hantar ke sekolah asrama. Sekolah agama di Kundang Ulu, Muar, Johor. Tamat tingkatan 2, saya masuk ke sekolah yang ada silibus bahasa Arab. Dengan tujuan, mahu ambil PMR ( Peperiksaan Menengah Rendah) dengan subjek tambahan bahasa Arab. 2 tahun di Muar belajar asas ilmu agama dan bahasa arab, sudah tentu saya mahu sijil tambahan berbahasa arab juga. Jangan disiakan apa yang telah kita mulakan. Dari umur 13 tahun saya belajar urus kewangan dan perbelanjaan sendiri di asrama memandangkan keluarga hanya datang sebulan sekali melawat saya di asrama, abah bekerja sebagai pemandu lori. Wajib berjimat. Tamat PMR saya masuk ke Sekolah Teknik di Jasin. Setahun sebagai pelajar outsider dan setahun lagi sebagai pelajar asrama. Walaupun dekat dengan rumah, saya tetap duduk di asrama kerana saya tiada kawan di luar yang belajar kejuruteraan awam.
Masa berlalu sehingga tamat SPM. Saya mula bekerja part time mencari duit sebagai persediaan masuk ke Politeknik. Setelah tamat graduasi sijil kejuruteraan awam, saya berhijrah ke beberapa negeri di semenanjung Malaysia.
Pengalaman demi pengalaman saya perolehi dalam bidang kejuruteraan awam. Turun naik saya di tempat baru amat saya hargai. Sehinggalah saya mampu mempunyai perniagaan kecilan dalam bidang yang saya pelajari. Lebih 10 tahun dalam bidang yang meluas ini tidak merugikan waktu belajar semasa di Politeknik Kota Melaka dahulu . Walaupun hanya berbekalkan sijil sahaja, syukur, saya mampu berdikari sehingga kini.
Seperti para pembaca semua maklum, pada November 2017 saya mula melangkah kaki ke dunia luar. Ya, ke Australia. 3 bulan pertama saya di Australia, amat mencabar. Peluang kerja amat terhad ketika itu. Apa yang ada saya buat, termasuk cabut rumput di kebun sayur di bawah terik matahari. Saya mencari peluang di Robinvale, Victoria. Musim anggur belum tiba, kerja yang ada ketika itu pruning pokok anggur. Gaji pertama saya ketika itu -90Dollar. Yes, negative, minggu pertama sebagai percubaan, saya tidak buat duit pun. Punca jadi negatif kerana saya perlu bayar sewa rumah kepada sub-kontraktor / kontraktor. Cari job lain di mana-mana pun, masih kelam berita. Kalau kerja farm, inilah liku manis dan pahitnya. Kerjanya bermusim, 3 keadaan (atas tanah, tengah-tengah atau atau angin). Atas tanah tu macam kerja cabut rumput, tengah-tengah pula kerja pruning pokok dan atas angin pula kerja pick di pokok tinggi. Pick guna tangga. Jujurnya, saya tidak mampu. Sekadar cukup makan lepas makan dan bayar rumah sahaja.
Bulan Disember saya mula hijrah ke Shepparton. Perjalanan dari Robinvale mengambil masa 4 jam sejauh 355.9 km. Di Shepparton saya mula bekerja di dalam farm sebagai fruit picker. Saya tidak sarankan redah seperti ini kerana tidak sah dari segi undang-undang di Australia. Setelah 3 bulan, saya 'upgrade' status visa di sini. Setelah visa lulus saya mencari peluang kerja di shed buah-buahan sebagai permulaan perkembangan hidup di sini. Apabila mempunyai status visa yang membolehkan kita bekerja secara sah maka perjalanan kehidupan lebih mudah. Urus segala keperluan asas dari awal seperti daftar diri anda dengan TFN, medical card, lesen memandu, bank dan lain-lain yang berkenaan. Bukan apa, sekiranya sudah ada kerja tetap, anda tiada masa yang banyak untuk urusan peribadi tadi. Urusan di sini mudah sahaja sebenarnya, urus secara online. Hanya beberapa urusan formal yang memerlukan kita ke pejabat kerajaan.
Hari biasa saya bekerja di Shed buah sebagai packer. Skop kerja sebagai packers adalah memastikan buah atau produk tidak rosak, bersih dan sedia dipasarkan, menimbang, membungkus dan melabel container. Selain itu tanggungjawab memastikan mesin penimbang dalam keadaan baik dan tiada ralat. Sistem komputer juga dalam keadaan baik dan sedia. Kerja di shed juga bermusim seperti kerja di ladang. Setelah musim habis, saya berhijrah lagi ke negeri New South Wales (NSW).
![]() |
| Shed Broccolini |
3 jam perjalanan untuk sampai ke Griffith, NSW. Kali ini dugaan lebih dirasai. Tidak seperti di bandar Shepparton terdapat banyak kemudahan didapati dengan mudah. Pekan di Shepparton sedikit besar dari Griffith. Ramai juga kenalan dari Malaysia yang tinggal di situ. Di Griffith ada juga kenalan dari Malaysia, cuma tidak seramai yang saya jumpa di Shepparton. Peluang kerja di sini pula boleh tahan bagus. Ada peluang kerja di ladang, kilang, kedai, restoran dan macam-macam lagi. Ya, sama seperti di kawasan lain di Australia. Setiba di Griffith, saya berpeluang memetik buah oren, oren picker job sentiasa ada sepanjang musim, hanya akan break seminggu dua sahaja. Saya mula mencari lain-lain peluang dengan melayari laman sesawang kerajaan untuk mencari maklumat bekerja di ladang. dan lain-lain sektor. Selain dari itu saya juga peka dengan iklan yang disiarkan di groups media sosial.
![]() |
| Leeton Shire / Mayor Paul Maytom |
Saya mula mendapat maklumat di laman sesawang mengenai agensi yang mempunyai link yang sah dengan kerajaan Australia seperti Madec . Madec sebenarnya agensi sah yang menyediakan perkerja untuk para peladang atau kontraktor ladang. Saya memberanikan diri berhubung dengan pegawai madec. Mereka mengalukan kedatangan saya ke pejabat di Griffith. Syukur, mereka amat mesra dan sangat membantu. Saya dijadualkan mengikuti kursus pekerja ladang dan setelah tamat kursus saya di berikan kad pekerja ladang dibawah urus selia agensi dari MADEC. Secara automatik saya didaftar dibawah pengurusan mereka. Dalam tempoh kurang 1 minggu mereka memperkenalkan saya dengan peladang tempatan dan terus bekerja. Inilah peluang pertama saya bekerja terus dengan peladang. Kerja saya masih sebagai packers. Kali ini sebagai Broccolini packer. Gaji disini ada potongan tax dan dibayar terus ke akaun bank tanpa ada potongan lain dari pihak ketiga. Secara purata amnya, bekerja di sini samada mungkin bekerja terus dengan syarikat , bekerja dibawah urusan agensi pekerjaan (sah) , bekerja melalui seliaan kontraktor atau pun sub-kontraktor. Di sini dinasihatkan agar rakan-rakan meneliti terlebih dahulu setiap peluang yang dibuka oleh mana-mana pihak. Saya selalu dengar aduan dari kenalan dalam media sosial atau rakan kepada rakan tentang masalah tertipu oleh pihak ketiga. Selalunya 'orang baru datang' yang sering teraniaya. Ada yang dapat dibantu, ada yang tidak dan terus putus asa dengan pulang tangan kosong.
Tidak lama bekerja di Catham Group (Shed Broccolini) saya mula mencari peluang kerja tetap lain. Maklumlah, sayur dan buahan di sini bermusim. Dan bukan senang untuk dapatkan kerja disini. Mahupula kerja bawah bumbung. Saya tertarik dengan sebuah iklan kerja tetap di kilang proses daging lembu. Peluang yang ada saya tidak lepaskan. Rezeki di JBS Yanco pula sebagai packers. Di sini saya bekerja 4 hari sahaja yakni 10 jam / hari. Kerja di industri berproduksi besar memberi cabaran lebih besar. Saya sendiri pernah melakukan kerja yang sama berturut selama 5 bulan telah mendapat sedikit perubahan merosot dari segi kesihatan. Pada awal 5 bulan pertama saya pernah dihantar oleh syarikat untuk menerima rawatan pemulihan di pakar physioterapi. Dalam diri saya terap beberapa prinsip diri semasa kerja 'jika kita kerja dengan ikhlas dan bagus, duit kejar kita dari belakang, utamakan mencari ilmu di tempat kerja, amal sikap toleransi dan kekeluargaan , hormat diri dan setiap yang ada di tempat kerja termasuk produk yang kita sedang kerjakan itu, tidak perlu tunggu orang lain memulakan yang baik, kita buat dahulu, yang lain akan ikut jadi contoh, orang kata kita bodek? drama? Siapa lebih berdrama dengan mengatakan kita begitu? kita atau dia? maka abaikan cakap-cakap orang, beringat sebelum melakukan apa-apa.
Sampai bila? Saya masih mencari ruang dan peluang di sini. Terlalu banyak peluang di sini. Mahu atau tidak? Mampu atau tidak? Layak atau tidak? Bukan bergantung pada diri sendiri sahaja, keadaan, masa dan tempat memainkan peranan dengan izin Tuhan. Saya sudahi dengan syukur di ruang entry ini. Kita berjumpa di entry seterusnya dengan perkongsian kehidupan di sini.
Sampai bila? Saya masih mencari ruang dan peluang di sini. Terlalu banyak peluang di sini. Mahu atau tidak? Mampu atau tidak? Layak atau tidak? Bukan bergantung pada diri sendiri sahaja, keadaan, masa dan tempat memainkan peranan dengan izin Tuhan. Saya sudahi dengan syukur di ruang entry ini. Kita berjumpa di entry seterusnya dengan perkongsian kehidupan di sini.















Ulasan
Catat Ulasan