Catatan

Port Luck Dinner & Farewell Party

Imej
Salam sejahtera, ceria-ceria selalu xxxx. Adat dalam kehidupan kita ajal, maut, jodoh , pertemuan dan perpisahan kita semua akan lalui. Bila pertama kali bertemu dengan sesiapa kita rasa teruja, bila berpisah kita pasti sedih. Entry ini semua feel ada, sedih dan gembira berbaur. Saya kongsi disini gambar kenangan jamuan pertemuan & perpisahan bersama rakan seangkatan yang menetap di Shepparton. Kerap juga saya join party makan-makan macam ni. kadang-kala kami bergotong-royong sediakan juadah. Kali ini kami buat secara port luck, di mana setiap dari kami akan membawa makanan sendiri atau sediakan makanan di situ juga kemudian kami share makan beramai-ramai. Makan sampai lebam.   Memandangkan kami anjur jamuan 'port luck' maka banyak jugalah juadah yang tersedia malam itu. Seperti Satay & ketupat, steam bot, pizza (home made ya, dari Chef Monica ~guys I love her Tiramisu Cake, so0o yummy), ada pencuci mulut azie sediakan dari l...

Mount Selwyn Trip

Imej
Salam sejahtera! Posting : Trip to Mount Selwyn Photo Date Trip : 14th July 2018  Season : Winter Location : Mount Selwyn Amat selesa! Itu yang saya gambarkan semasa musim sejuk tiba di AU. Mana tidaknya, suhu sejuk tidak jatuh ke negatif celcius pada tahun pertama saya di OZ.  Bermula dari awal bulan Jun sehingga hujung bulan Ogos. Peluang yang ada saya ikut trip semasa musim sejuk ke Gunung Selwyn. Trip ini dianjur gabungan pekerja dari Malaysia (Kak Yanti sebagai pengurus trip pekerja dari Malaysia) bersama pekerja dari Philipina. Bagi penggemar dengan aktiviti Ski, inilah masa yang sesuai beraksi.  Selain ski, aktiviti yang popular pada musim sejuk di sini adalah snowboarding. Kembara ke kawasan tinggi ini kita akan lihat pemandangan yang indah, gunung yang di selaputi salju putih dan seolah perjalanan kita di sambut dengan kilauan permata. Kawasan ski di Australia yang selalu menjadi tarikan dari Snowy Mountain, New South...

Anak Rantau

Imej
Salam sejahtera. Semoga para pembaca diberi kesihatan yang baik, dipermudahkan perjalanan kehidupan seharian, dimurahkan rezeki dan bahagia menjalani arus harian. Bermula kehidupan sebagai anak rantau sejak dari umur 18 tahun. Seawal habis spm. Saya sudah mula hidup berdikari. Kalau diikutkan sejak umur 13 tahun saya telah di hantar ke sekolah asrama. Sekolah agama di Kundang Ulu, Muar, Johor. Tamat tingkatan 2, saya masuk ke sekolah yang ada silibus bahasa Arab. Dengan tujuan, mahu ambil PMR ( Peperiksaan Menengah Rendah) dengan subjek tambahan bahasa Arab. 2 tahun di Muar belajar asas ilmu agama dan bahasa arab, sudah tentu saya mahu sijil tambahan berbahasa arab juga.  Jangan disiakan apa yang telah kita mulakan. Dari umur 13 tahun saya belajar urus kewangan dan perbelanjaan sendiri di asrama memandangkan keluarga hanya datang sebulan sekali melawat saya di asrama, abah bekerja sebagai pemandu lori. Wajib berjimat. Tamat PMR saya masuk ke Sekolah Teknik di Jasin. Se...

Australia

Imej
Salam sejahtera semua. Dalam bahasa arabnya  ASSALAMUALAIKUM  DARI MALAYSIA p/s : Saya suka irama cak lempong, saja lah share video atas, sambil baca entry dengarlah music tu. 😍 Duh aduh aduh.  Tiba-tiba aduh-aduh pula ya. Pada tarikh hari ini sudah berlalu 1 tahun 3 bulan saya menetap di bumi Kangaroo. Niat asal berjalan, berehat, cuci mata di negara orang untuk 3 ke 4 minggu. Melekat pula hingga hari ini. Tanggal 14 November 2017 saya buat keputusan buat solo backpack ke Australia. Apply visa melancong dari Malaysia sebelum berangkat melancong.  Google  Electronic Travel Authority (ETA)   dan semak serta apply secara online. Kalau nak mudah lagi, pergi jumpa agensi pelancongan terdekat, mereka akan sediakan A to Z termasuk itinerary melancong ke Australia.  Visit Melbourne   hostel booking dari Malaysia melalui web Agoda.com Penerbangan memakan masa 8 jam, makanya saya pilih  Malaysia Airlines (MAS) flight...